Friday 27 May 2011

Cuti....oh cuti....





Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yg dirahmati oleh Allah sentiasa , insyaAllah . Pada tanggal 27 May , semua sekolah diisytiharkan untuk cuti semester pertama . Tapi tak taulah kalau tetibe ada plak sekolah yang tidak cuti . Bagi pelajar yang berasrama , semestinya perlu membawa barang yang banyak kerana tempoh untuk cuti adalah suatu jangka masa yang agak lama .

Sudah sekian lama tidak mendengar perumpamaan yang disandarkan untuk cuti ini..yakni "silent killer" . Kenapa "silent killer" plak en ?? Kadang-kadang tercetus jugakk pemikiran kenapa dikatakan sedemikian , sedangkan cuti itu suatu yang menyeronokkan . Disini saya ingin cuba menerangkan apa maksud disebalik semua itu .

Pada kebiasaannya , sekolah saya yakni sekolah Hira , pada petang khamis akan diadakan sesi kuliah seperti biasa . Pada 26 May , hari khamis ...tajuk kuliah yang disampaikan pada hari tersebut mengejutkan saya kerana setelah sekian lama tidak mendengar tentang tajuk ersebut . Sahabat saya bernama amin adalah penceramah untuk kuliah pada petang itu , beliau cuba untuk selami para pelajar untuk bersedia menghadapi apa itu "silent killer" .

"Silent killer" bermaksud pembunuh senyap . Secara terperincinya disini adalah cuti ini dapat membunuh peribadi para pelajar , bukannya bermaksud membunuh pelajar itu sampai mati , tetapi membunuh dalaman seorang pelajar itu...yakni peribadi , amalan ,akhlak dan tingkah laku . Semua ini boleh diatasi , semua masalh pasti akan ada jalan penyelesaiannya .

Diantara cara-cara yang kita bole buat untuk menghindari diri kita daripada kalah dengan semua ini adalah dengan :
 1. Perlu perbetolkan niat beramal semata kerana Allah
 2. Mempunyai matlamat yang jelas dalam melaukan suatu amal itu
 3. Mencari biah solehah dalam beramal
 4. Perlunya ada connection diantara shabat-sahabat , jangan biarkan diri keseorangan .

Renung-renungkan dan selamat beramal .

No comments:

Post a Comment